BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 Jun 2009

Durian ohh durian......

Wan tengah mengopek durian untuk cucu dia...

Kuat... Wan kuat....lagi!!!!

Hasilnya...cucu yang nie tolong makan je lagi....

Dah agak lama Fiesya nak buat entri nie tapi dek kerana terlalu sibuk maka tak berkesempatanlah....
Pada 21/06 yang lepas Mama & Baba balik ke kampung untuk menghantar Wan & Atok.
Fiesya pun ikut sekalilah. Kami balik semula ke JB pada hari yang sama.
Kebetulan pulak memang rezeki kami kot durian Wan & Atok baru mula gugur, alhamdulillah....
Kamilah orang pertama yang merasa hasil dusun durian Wan nie...
Sampai je kat kampung jam 10 pagi kami rehat sekejap & terus pergi ke dusun durian.
Banyak sungguh pokok durian Wan...ada 12 batang dan yang berbuah 10 batang.
Buahnya lebat sangat....
Kalaulah Fiesya lama kat kampung kan ke seronok sangat....
Dapat makan durian puas-puas...fresh lagi...
Tapi apakan daya....
SEKOLAH!!!!!

Riadah yang sihat.....

Tiket yang berharga RM30 dewasa & RM 15 pelajar

Kami bersama penyokong setia yang sentiasa bertenaga menggamatkan stadium

Stadium yang penuh dengan penyokong2

Firna yang sentiasa nak interprem

Mana boleh tuan tanah tak posing kan....harus

MALAYSIA BOLEH!!!!!!


Hari nie aktiviti kami sekeluarga lain dari minggu2 yang sebelumnya....
Hari nie kami ke Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton Grand Prix Terbuka Malaysia Yonex-Sunrise.
Yang semangat sangat nak pegi cz Malaysia masuk final...
Men's Double & Single, Women's Double.
Keputusannya pasti bloggers semua dah taukan....
JUARA untuk Men's Double beregu utama Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
JUARA untuk Men Single siapa lagi kalau bukan Dato' Lee Chong Wei
tapi kesian dengan Women's Double kita cz asyik kena ayam-ayam je dengan beregu dari China.
Akceli first time pegi tengok live game nie jauh beza bila tengok depan TV & seronok sangat-sangat.

Sabtu, 6 Jun 2009

gathering......

Kak Ain cun adik kepada Kak Mimin...
Chantek kamu kak...

Kak Ain bersama Amely & Firna (adik Fiesya)

Dari kiri Achik, Mak Long & mama Fiesya

Parents Kak Mimin....
Setia kamu Achik menemani Uncle walaupun dia tengah tidur...

Sejak Selasa lepas rumah Fiesya tak henti-henti dikunjungi tetamu maklumlah Wan & Atok Fiesya ada bersama kami...
Kebetulan Mama dapat keizinan dari Baba Fiesya untuk pulang bercuti kekampung selama 3 hari dan secara kebetulan Wan & Atok Fiesya pun nak datang ke J.B melawat Amirul yang sakit & Mak Long serta Pak Long Fiesya dari Ipoh juga mempunyai hasrat yang sama.
So...Wan & Atok dari Kuala Pilah & Mak Long serta Pak Long dari Ipoh berkumpul dirumah Fiesya semenjak Selasa lepas..Meriah rumah kami....Seronok sangat bila sekali sekala berkumpul begini...together gether.
Dan tadi Achik ibu kepada Mizzelle juga datang kerumah Fiesya....
Tapi Mizzelle @ Kak Mimin x ada...Kemanakah kamu? Adakah kamu sibuk dengan tugasan harian kamu atau dengan si dia yang terchinta?
Apapun jawapan dari kamu....ASALKAN KAMU BAHAGIA DAN TIDAK MENGANGGU KEHIDUPAN ORANG LAIN...

Selasa, 2 Jun 2009

Amirul.....oh!!! Amirul..........Part 2

Splint yang dipakai di tapak tangan hingga kelengan

Splint nie pulak cuma dipakai pada waktu tidur untuk mengelakkan dari berlaku terlalu banyak pergerakkan

Splint yang dipakai dari lutut hingga kebetis

Inilah dia sepupu Fiesya...

Rakan-rakan blogger Fiesya masih ingat lagi tak dengan entri Fiesya yang pasal sepupu Fiesya
nie Mohd Amirul Ikmal.
Amirul dimasukkan ke wad semula pada 2 minggu yang lepas kerana penyakitnya menyerang semula....
Doktor mengesahkan Amirul menghidap penyakit
JUVANA RHEUMATOID ARTHRITIS + SLE
dan dari apa yang difahamkan Amirul nie adalah penghidap penyakit nie yang ke-6 di Malaysia. Kesian Amirul nie, nak kata tak boleh berjalan langsung tipulah Fiesyakan...
Dia boleh berjalan tapi mengambil masa yang agak lama maklumlah sendi-sendinya semua tegang... even mama Fiesya nak tolong redakan kesakitan dia dengan urutan manja-manja gitu pun tak boleh. Nak mandi dan makan pun memerlukan bantuan.
Selera makan pun semakin berkurangan...
Kami satu famili amat risau dengan penyakit yang menyerang Amirul nie dan semua famili kami dari jauh mahupun dekat sudah datang menjengah sendiri dan melihat keadaan Amirul...
Fiesya dan ahli keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Amirul dan moga Pak Su & Mak Usu tabah menghadapi dugaan dari NYA....
Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.
APA YANG PENTING KERJA.....SAMA

Selasa, 19 Mei 2009

exam...

salam..
dh lme aq x update blog ni disebabkn kemalasan yg melanda diriku ini...
so skunk aq amt bz coz peperiksaan prtghn tahun akn bermula esok (khamis,21.5.09)
sesape yg mgenali diriku,wish me luck...
ADIYOS AMIGOS...

Rabu, 15 April 2009

Jejak Kasih.....

Siapakah ini???????
Si polan dalam gambar nie.....kawan abang aku...... merangkap abang angkat aku
Akceli semenjak aku bertukar ke sekolah baru aku dah terputus hubungan dengan dia & pada minggu lepas aku terjumpa dia semula bila dia datang ke sekolah aku untuk perlawanan bola sepak....
Perh....semakin ganteng kamu....
Blogger2 jangan salah faham tau cz segala pergerakkan fiesya dipantau oleh parents fiesya....
Yalah setiap parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan


p/s: geram aq tgok ko bang...dh r ncem...


cikgu ohh cikgu ku........

Entri kali nie pasal cikgu KH aku.....
Bukan sebab :-
i) dia cantik
ii) dia baik
iii) dia marah aku
or
iv) whatever

TAPI.....

kerana dia tlah tersalah letak kerja projek kayu aku....
Punyalah aku frust....
Mau taknya...dahlah aku bersusah payah untuk menyiapkan projek itu & bukannya senang...
Lagipun aku nie perempuan manalah tahu nak gunakan mesin untuk melicinkan...merivet...merekat...dan macam2 mer lagi...
Bukan projek aku sorang saja yang tersalah letak tapi ada lagi beberapa orang kawan aku terkena nasib yang sama dengan aku....

CIKGU OHH CIKGU......
TOLONGLAH CARI SEMULA KERJA PROJEK KAMI......
& CUBA CIKGU INGAT SEMULA MANA CIKGU LETAK.....

p/s - ke cikgu nie banyak makan semut kot...


Ahad, 12 April 2009

Special entri utk mizzelle aka kak mimin

Ohhh kak mimin.............
Ngapa lah susah sgt nak carik kamu nie..........
Mama asyik bebel jee ckp kak mimin nie tak tau duduk rumah keeee....
Merayap je.......tak ada maknanya ada h/set dua tapi tak nak jawap kol.......
Ada satu projek untuk kak mimin & kak ain nie....
BAIK PUNYA....
Kawan baba nak 3 orang muka baru untuk satu drama dia.
Tak payah lah ckp dalam blog nie sapa yang direct drama tu cz dia nie mmg terkenal pun...(lagipun nnt ada langau n lalat yg hinggap)
Hari tu dia datang rumah kita orang & co-incedent fiesya masa tu tgh bukak blog kak mimin & dia dah terberkenan tgk kak mimin... & dia nak kak mimin & kak ain datang untuk casting....
Tolong inform bla kak mimin & kak ain free okay....
Mama dah baca skrip tu & mama kata mcm sesuai je dgn kamu berdua...

Yummy...yummy!!!!!!!!!!!!


Presentation donat nie pun dah buat aku kecur air liur........n bla dah makan x cukup satu

Hari nie as usual kami breakfast kat luar n hari nie kami tak menziarahi pusara arwah abah tok cz keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.......
Destinasi kami hari nie.....JUSCO BUKIT INDAH lagi..........
Lepas sarap kat Old Town kami bershopping jap. Beli baju tapi bukan untuk apa-apa ocassion....saje je suka suki........
Lepas tu mama ajak kami ke BIG APPLE.......

Tak tahu kenapa plak alih-alih aje aku terpanggil nak post kata-kata nie.
Akceli lately aku asyik terdengar desas-desus yang cuba untuk merenggangkan pertalian adik beradik mama n baba aku....
Adat manusia tak kan senang bila tengok orang lain senang & bila kita susah tak ada siapa pun yang nak kepoh ambil tahu....
Tapi aku tahu mama & baba aku boleh handle situasi ini dengan baik tanpa menyakitkan hati sesiapa...& tidak mahu meruntuhkan perhubungan adik beradik.
RENUNG-RENUNGKAN KEBENARAN KATA-KATA INI.

Rabu, 1 April 2009

Wajah Baru tapi.........

At last blog aku berwajah baru tapi empunya blog masih lagi sama.
Bosan dah tengok benda yang sama je.......... dah hampir 4-5 bulan aku gunakan template tu and hari nie dengan bantuan mama berubah juga............
AT LAST...........
Tapi masih ada lagi widget yang perlu aku tambah........
Tapi nanti nanti lah....
Sekarang nie tengah sibuk dengan SECOND ASSESSMENT TEST....

Rabu, 18 Mac 2009

Cuti-cuti Malaysia....

aq with firna kt dlm gondola...( Eye On Malaysia...)

aq smpt brgmbr lg kt dlm gondola...(Eye On Malaysia...)

EYE ON MALAYSIA

Tiket MENARA TAMING SARI....

mama with firna...

smpt brgmbr lg aq...

mama,adk n abg...
poyo r bang nk wt muke cm uh...

ZOOM.....Malaysia

Selasa 17/08/09

Akceli schedule kita orang sefamili adalah untuk ke K.L cz adik aku ada appointment dengan orthopaedist kat PPUM...
TETAPI....
disebabkan Baba aku terlalu pressure disebabkan work load yang semakin bertimbun-timbun so dia pun ambil keputusann untuk menenangkan fikirannya dengan mengajak kami ke Melaka
.
Kami pun apalagi....gumbira yang teramat sangat...
Kami pun pressure gak cuti sekolah nie.....
HOMEWORK...HOMEWORK....HOMEWORK.....

Seawal jam 8.00 pagi kami bertolak ke destinasi yang dituju and sampai ke Melaka lebih kurang jam 10 pagi. Tempat tujuan kami yang pertama ialah MENARA TAMINGSARI...
Layan je lah pic-pic yang aku snap nie....


Isnin, 16 Mac 2009

Lepak time....

Pak Su & Amirul

Aku with Amirul....

Amirul....Simamat yang tengah melayan sakitnya...

So semalam Pak Usu aku & famili sempat jugak menghadirkan diri ke rumah Pak Uteh aku untuk sama-sama meraikan majlis itu....
So gambar-gambar nie di snap selepas perut kenyang and ketika kami gedik santai gitu....
Aku sempat gak melayankan si Amirul cz kesian punya pasal....
Sakit-sakit pun masih boleh lagi nak menyakat aku....
Lantak kaulah Mirul...
Janji kita HAPPY......lallallllalllalaaaa

p/s : kak min...ngape lah engko tak datang semalam??????

Old Town @ Jusco Bukit Indah


Baba tengah melayan mee karinya...yummy....yummy....

Abang aku....atok jadi kenyang bila tengok abang makan...

Aku apalagi kalau bukan dengan nasi lemak ku...

Wan tengah layan mee kari.....

So sebelum kami sekeluarga ke majlis rumah Pak Uteh aku haruslah dulu kami mengisi perut yang telah memainkan beberapa lagu R&B...
Kalau tak dilayan muzik tu harus juga hangin satu badan nanti....
So sasaran kami pagi itu ialah Old Town di Jusco Bukit Indah....
Lagipun Atok & Wan suka sangat Mee Kari kat situ...

P/s : kak mimin...cita rasa wan & atok tak sama dengan citarasa kak mimin bila ke old town....

Selamat Pengantin Baru....


So inilah dia pasangan dua sejoli Abang Iwan (sepupu aku) & isteri terchinta Kak Siti Zaleha....
Semoga hubungan kalian berdua direstui NYA dan semoga berkekalan hingga keakhir hayat...AMIN
Gerek seh....

Rewang time....

Aku & Wan aku....

Pak Uteh, Shazana, Ain & kt belakang tu my beloved baba...

Mak Uteh & kids....

Akceli gambar nie mama snap masa kami pergi rewang rumah Pak Uteh aku kat Bandar Baru Uda...
Pak Uteh ni abang kepada baba aku & minggu lepas anak dia melangsungkan majlis perkahwinan di Singapura & kami se famili tak dapat menghadirkan diri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan....
Malam Sabtu kelmarin kami sekeluarga ke rumah Pak Uteh untuk menolong apa yang patut sebelum berlangsungnya majlis doa selamat @ sambut menantu...


Ahad, 15 Mac 2009

tAg lagie....

tag ni macam ni...


anda perlu menjawab soalan2 dibawah, tapi dengan syarat...
hehehe... kena jawab dalam loghat NOGORI SOMBILAN! hahahaha...

ok! soalan bahasa baku, tapi jawapan mesti loghat nogori tau!!!

soalan-soalan nya ialah

1. nyatakan tempat tinggal anda sekarang
tompek tingga den skarang khek skudai,juhur

2. sudah berapa lama anda berblog?
kalau tak silap den tigo ompek bulan yang lopeh..

3. kenapa anda berblog?
ayhoo lah...den punyo sukolah...

4. adakah anda akan terus berblog pada masa akan datang?
selaie den hidup....

5. apakah loghat negeri sembilan yang paling baru anda pelajari hari ini?
homat boto akar den {runsing sungguh fikiran}

6. pernahkah anda mendengar NEGERI.FM
tak pulak den tau...ado ko???

7. apa pendapat anda tentang blog Eden Budak Nogori?
den suko blog nie...sobab den buleh belajar bahaso nogori secaro pecumo...kalau den tak faham bahaso ehh den tanyo omak den...

8. anda suka blog yang berloghat?
den gomar tu sobab den buleh blajar bahaso nogori lain secara percumo..

9. adakah anda akan membuat post mengikut loghat negeri anda pada masa akan datang?
den cubo lah nanti...

10. nyatakan orang yang ingin anda tag
dah tontulah 3 orang sepupu den...yang lain2 nanati den pikirkan
i) mizzelle
ii) mummysya
iii) miss jiejie

Ahad, 8 Mac 2009

Kuala Pilah - Kuala Lumpur - J.Bahru....

Mummysya, aku & miss jiejie(3 bloggers yang sepusat sepusing)
& yang kenit tu bakal blogger

Pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi kami sekeluarga serta wan & parents mizzelle bertolak dari Kuala Pilah ke K.L rumah sepupu mummysya & miss jiejie cz kami ada jemputan majlis perkahwinan....
aku pn kurang kenal dengan dia orang nie....ikut ajelah....
Kat sana sempat gak bergambar dgn mummysya & miss jiejie
Lebih kurang jam 2.40 ptg kami pn bertolak balik ke JB n kami dah planning nak makan cendol kat area Senawang....."Cendol Leman Dawi"
Kami sampai kat situ lebih kurang jam 3.30ptg nak tau apa yang kami nampak.....
"CENDOL HABISSSS"
Malas nk cerita banyak....frust punya pasal teruskan jugalah perjalanan balik ke JB n & singgah kat Air Keroh makan ais krim kat "Baskin Robbin"
Kami sekeluarga selamat sampai ke JB jam 5.45petang....alhamdulillah...



Kampung Oh Kampung....

Minggu ini kami se famili balik ke kampung mama di Kuala Pilah. Kami memulakan perjalanan dari JB lebih kurangjam 1.40 t'hari dan sampai kampung lebih kurang jam 5.15ptg.
Sampai je Acik n Uncle (parents mizzelle) dah ada kt sana.Rasanya dah lama kami sekeluarga tak balik kampung cz sibuk dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Wan dan Atok dah sedia menunggu kami dengan hidangan yang sangat sedap....
Ikan sembilang goreng berlada, daging salai masak lemak cili padi & ntah apa lagi satu aku pun x pernah makan...cendawan kukur masak lemak cili padi....
Tapi yang paling aku suka daging salai masak lemak cili padilah...even ni lah first time aku makan tapi aku dan jatuh cinta dengan masakan ini.....(wan!!! nnt dtg JB buatkan lagi...utk kak mimin (ikan sembilang goreng berlada)tu x payah....) N ada satu lagi yang paling best sangat 'TALAM UBI DENGAN KLAPA MUDA' I tell u perhh....mmg mashyuk

Rabu, 4 Mac 2009

Amirul ohh amirul....

Mohd Amirul Ikmal

Kenapa plak nama nie title utk entri aku....????
Cz Amirul nie sepupu aku....anak Pak Su aku adik Mama aku.....
Akceli dia di admittedkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) hari Sabtu lpas kerana aku difahamkan jari-jari tangan dia bengkak dengan tiba-tiba tanpa diketahui sebab musababnya.... After a few blood test masih tak ketahuan lagi kenapa boleh jadi cam gitu kat dia. And the last option doctor terpaksa ambil sample darah dia and dihantar ke Australia untuk test yang lebih canggih.
So dek kerana kesibukkan mama aku maka baru hari nie mama berkesempatan pergi melawat Amirul nie...itupun selepas selesai tugasan dia menghantar aku ke sekolah tengahari tadi....
Aku pesan awal-awal dah dengan mama supaya snap gambar sepupu aku nie cz aku nk masukkan kt dalam blog aku....

p/s : Kak Mimin simpan je draft tu cz fiesya dah post dulu...lalalaaaaa

Selasa, 24 Februari 2009

SeDiH...

ari ni aq sedih gler r coz t.hri td sblom g skool menengah aq g skool agame sbb nk amek kputusn darjah khas aq...amt r trok kputusn nyer...pnyelh aq brusaha tp kputusn nyer trok gler r aq ckp...aq nk ulg blek darjah khas tp parents aq xksi coz skool menengah kokorikulum nyer ari sabtu...xdew mse... k r...salam...

Isnin, 23 Februari 2009

Pelangi Petang....

Dari depan rumah aku

Petang tadi bila aku dalam kereta baru balik dari sekolah lebih kurang jam 7.00pm cuaca sungguh nyaman skali selepas hujan turun dengan lebatnya dari jam 2.00pm - 5.00 pm.
Tetiba aku terlihat cahaya yang amat cantik sekali yang kita panggil Pelangi @ Rainbow...
Lately pelangi ni memang jarang sekali aku dapat lihat n aku pun ambil kesempatan ini untuk snap PELANGI yang memang cantik skali pada pandangan mata ku....
Itulah anugerah dari NYA.....

Ahad, 22 Februari 2009

Aktiviti kami 22/02/09

Aku berposing dengan rambur baru ku....

Pagi ni aktiviti kami sekeluarga seawal pukul 9.00am dah ke pusara arwah abah tok n lepas tu haruslah mengisi perut kami. Mana lagi kalau tak kat Tesco desa Tebrau.Lately tempat ni memamg dalam list kite orang cz banyak choice makanan and sedap-sedap semuanya & menepati citarasa kami sekeluarga. Belum pernah plak terjadi makanan yang kami order tak sedap.
Lepas je perut kami nie terisi aktiviti seterusnya kami ke Leisure Mall di Taman Pelangi untuk meng'collect' tiket wayang yang telah mama tempah semalam. Nak tengok cerita apa??? Apa lagi kalau bukan cerita PENGEMBARAAN BERMULA.....
Movie mula pukul 12.50 and habis lebih kurang pukul 2.30 and pada aku cerita nie so, so aje lah. taklah berapa best sangat cz watak Upin Ipin tu macam tenggelam sikit....cz Rajoo n Sappy banyak sangat interprem....betul tak..
BETUL...BETUL...BETUL....
Tapi itu cuma pendapat aku tapi tak taulah plak pada korang camana kan..

Ahad, 15 Februari 2009

KeK uLaNgTAhUn PeRkAhWiNaN pArEnTs..

Kenapa plak gambar kek nie?????
Ini adalah kek pemberian dari Kak Noni@mamaVogue@mama laser.
Sape dia tu???
Dia ialah anak saudara baba aku. Kek tu sepatutnya dia buat and hadiahkan kat parents aku pada 1st.February yang lepas tapi disebabkan kesibukan@kemalasan dia, maka kek itu baru diterima semalam...
Memang sedap kek tu n kalau x silap aku "CHOCOLATE MOIST"
Anyway thanks Kak Noni....

iN mEmOrY...

Akceli inilah gambar arwah adik aku ketika dia berusia kurang dari setahun.
Kenapa aku post gambar nie kat blog aku???
Kerana pada 04/02/09 adalah tarikh kelahiran arwah adik aku dan kami sekeluarga tak pernah melupakannya even dia dah tak lagi bersama kami...Kalau arwah Fiqa masih ada umurnya sekarang ini ialah 11 tahun... Kami mendoakan semoga roh arwah berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
AL-FATIHAH untuk arwah adik aku.....i luv u adk...

Isnin, 2 Februari 2009

Ubatan sampingan...


Inilah makan sampingan yang terpaksa aku makan selain dari ubat-ubat dari klinik....
Suggest dari doktor suruh aku minum air kelapa muda dan dari sumber-sumber yang lain plak ketam dibuat sup....
Terpaksa juga aku makan walaupun tekak nie tak larat nak makan apa-apa.

Ahad, 1 Februari 2009

aku sakit...


Maka inilah ceritanya knapa kami tak dapat celebrate anniversary parents kat luar cz aku SAKIT....
Dalam famili akulah yang paling payah sekali nak diserang penyakit...bukan nak bangga tapi bersyukur atas segalanya....tapi bila sakit, amik kau...x boleh bangun langsung...
Nak pergi klinik pun malas cz aku ni jenis yang penakut nak makan ubat...PAHIT....
So, at last bila dah kena pujuk cair juga akhirnya...maka kliniklah tujuan aku...


my beloved parents 17th anniversary...


Happy Anniversary
Semalam 1hb Februari adalah hari ulangtahun perkahwinan mama & baba yang ke 17. Memang dh plan nk celebrate kt luar tp atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksalah celebrate kat rumah saja. Sebab ape ya? Sebabnya akn aku kasi tau kt entri aku yang lain.

Anyway..

Tahniah mama & baba cz dh sampai ketahap 17 tahun usia perkahwinan kalian tapi kami tengok kemesraan tu semakain kuat n kami suka dan bangga dengan smua itu. Dan terima kasih kerana mendidik kami dengan penuh sabar

Apa-apa pun kami sayang sangat baba N mama