BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 Jun 2009

Durian ohh durian......

Wan tengah mengopek durian untuk cucu dia...

Kuat... Wan kuat....lagi!!!!

Hasilnya...cucu yang nie tolong makan je lagi....

Dah agak lama Fiesya nak buat entri nie tapi dek kerana terlalu sibuk maka tak berkesempatanlah....
Pada 21/06 yang lepas Mama & Baba balik ke kampung untuk menghantar Wan & Atok.
Fiesya pun ikut sekalilah. Kami balik semula ke JB pada hari yang sama.
Kebetulan pulak memang rezeki kami kot durian Wan & Atok baru mula gugur, alhamdulillah....
Kamilah orang pertama yang merasa hasil dusun durian Wan nie...
Sampai je kat kampung jam 10 pagi kami rehat sekejap & terus pergi ke dusun durian.
Banyak sungguh pokok durian Wan...ada 12 batang dan yang berbuah 10 batang.
Buahnya lebat sangat....
Kalaulah Fiesya lama kat kampung kan ke seronok sangat....
Dapat makan durian puas-puas...fresh lagi...
Tapi apakan daya....
SEKOLAH!!!!!

Riadah yang sihat.....

Tiket yang berharga RM30 dewasa & RM 15 pelajar

Kami bersama penyokong setia yang sentiasa bertenaga menggamatkan stadium

Stadium yang penuh dengan penyokong2

Firna yang sentiasa nak interprem

Mana boleh tuan tanah tak posing kan....harus

MALAYSIA BOLEH!!!!!!


Hari nie aktiviti kami sekeluarga lain dari minggu2 yang sebelumnya....
Hari nie kami ke Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton Grand Prix Terbuka Malaysia Yonex-Sunrise.
Yang semangat sangat nak pegi cz Malaysia masuk final...
Men's Double & Single, Women's Double.
Keputusannya pasti bloggers semua dah taukan....
JUARA untuk Men's Double beregu utama Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
JUARA untuk Men Single siapa lagi kalau bukan Dato' Lee Chong Wei
tapi kesian dengan Women's Double kita cz asyik kena ayam-ayam je dengan beregu dari China.
Akceli first time pegi tengok live game nie jauh beza bila tengok depan TV & seronok sangat-sangat.

Sabtu, 6 Jun 2009

gathering......

Kak Ain cun adik kepada Kak Mimin...
Chantek kamu kak...

Kak Ain bersama Amely & Firna (adik Fiesya)

Dari kiri Achik, Mak Long & mama Fiesya

Parents Kak Mimin....
Setia kamu Achik menemani Uncle walaupun dia tengah tidur...

Sejak Selasa lepas rumah Fiesya tak henti-henti dikunjungi tetamu maklumlah Wan & Atok Fiesya ada bersama kami...
Kebetulan Mama dapat keizinan dari Baba Fiesya untuk pulang bercuti kekampung selama 3 hari dan secara kebetulan Wan & Atok Fiesya pun nak datang ke J.B melawat Amirul yang sakit & Mak Long serta Pak Long Fiesya dari Ipoh juga mempunyai hasrat yang sama.
So...Wan & Atok dari Kuala Pilah & Mak Long serta Pak Long dari Ipoh berkumpul dirumah Fiesya semenjak Selasa lepas..Meriah rumah kami....Seronok sangat bila sekali sekala berkumpul begini...together gether.
Dan tadi Achik ibu kepada Mizzelle juga datang kerumah Fiesya....
Tapi Mizzelle @ Kak Mimin x ada...Kemanakah kamu? Adakah kamu sibuk dengan tugasan harian kamu atau dengan si dia yang terchinta?
Apapun jawapan dari kamu....ASALKAN KAMU BAHAGIA DAN TIDAK MENGANGGU KEHIDUPAN ORANG LAIN...

Selasa, 2 Jun 2009

Amirul.....oh!!! Amirul..........Part 2

Splint yang dipakai di tapak tangan hingga kelengan

Splint nie pulak cuma dipakai pada waktu tidur untuk mengelakkan dari berlaku terlalu banyak pergerakkan

Splint yang dipakai dari lutut hingga kebetis

Inilah dia sepupu Fiesya...

Rakan-rakan blogger Fiesya masih ingat lagi tak dengan entri Fiesya yang pasal sepupu Fiesya
nie Mohd Amirul Ikmal.
Amirul dimasukkan ke wad semula pada 2 minggu yang lepas kerana penyakitnya menyerang semula....
Doktor mengesahkan Amirul menghidap penyakit
JUVANA RHEUMATOID ARTHRITIS + SLE
dan dari apa yang difahamkan Amirul nie adalah penghidap penyakit nie yang ke-6 di Malaysia. Kesian Amirul nie, nak kata tak boleh berjalan langsung tipulah Fiesyakan...
Dia boleh berjalan tapi mengambil masa yang agak lama maklumlah sendi-sendinya semua tegang... even mama Fiesya nak tolong redakan kesakitan dia dengan urutan manja-manja gitu pun tak boleh. Nak mandi dan makan pun memerlukan bantuan.
Selera makan pun semakin berkurangan...
Kami satu famili amat risau dengan penyakit yang menyerang Amirul nie dan semua famili kami dari jauh mahupun dekat sudah datang menjengah sendiri dan melihat keadaan Amirul...
Fiesya dan ahli keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Amirul dan moga Pak Su & Mak Usu tabah menghadapi dugaan dari NYA....
Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.
APA YANG PENTING KERJA.....SAMA

Selasa, 19 Mei 2009

exam...

salam..
dh lme aq x update blog ni disebabkn kemalasan yg melanda diriku ini...
so skunk aq amt bz coz peperiksaan prtghn tahun akn bermula esok (khamis,21.5.09)
sesape yg mgenali diriku,wish me luck...
ADIYOS AMIGOS...

Rabu, 15 April 2009

Jejak Kasih.....

Siapakah ini???????
Si polan dalam gambar nie.....kawan abang aku...... merangkap abang angkat aku
Akceli semenjak aku bertukar ke sekolah baru aku dah terputus hubungan dengan dia & pada minggu lepas aku terjumpa dia semula bila dia datang ke sekolah aku untuk perlawanan bola sepak....
Perh....semakin ganteng kamu....
Blogger2 jangan salah faham tau cz segala pergerakkan fiesya dipantau oleh parents fiesya....
Yalah setiap parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan


p/s: geram aq tgok ko bang...dh r ncem...